Saturday 9 June 2012

Marvel Max : The Punisher Naked Kills

Kadang2 bila aku boring baca buku/majalah,aku juga suka baca komik.sebenarnya memang aku minat baca komik sejak aku dari sekolah rendah lagi.dulu banyak komik2 berbahasa melayu selalu di terbitkan setiap minggu.bila masuk awal 90an pulak,aku suka kumpul komik2 kung fu china yang telah di alih bahasakan ke bahasa melayu,dan masa tu jugak aku baca jugak la komik2 omputih ni,tapi lebih kepada komik untuk orang dewasa lah.tapi aku tak berapa suka sangat komik yang superhero macam Spiderman ke,Thor ke.aku suka komik yang anti hero.salah satu nya ialah The Punisher ni..
Komik ni aku beli pada bulan febuari lalu..lama dah.di beli kat Kinokuniya KLCC (sebut betul2 y,Kinokuniya..hehe)komik ni memang hanya untuk 18 tahun ke atas je pasal ada banyak gambar ganas,gambar yang tak cencored dan jugak caci maki dalam komik ni.aku suka The Punisher ni pasal dia ni hero yang takda superpower macam Superman,Xmen dan lain2 tu.The Punisher atau nama karakter hero ni Frank Castle,adalah penegak undang2,tapi dengan caranya yang tersendiri.beliau ni amat di geruni di kalangan samseng,kumpulan kongsi gelap,dan pembunuh upahan dan beliau juga hanya berjuang seorang diri dalam membenteras jenayah di sekelilingnya..
Komik ni sebenarnya adalah pecahan daripada komik2 The Punisher yang pernah di terbitkan sebelum ni,dan di kumpulkan seluruh episod dan di muatkan di dalam komik ni menjadi satu atau di panggil 'one shot comic'.daripada pecahan episod "Butterfly","Get Castle","The Hunted" dan "Annual 2007".aku suka artwork dalam komik ni,nampak dark dan seolah2 karakter dalam komik ni nampak hidup,macam menonton wayang.tengok pada cover depan komik ni je lukisan dia dah macam gambar betul,tu yang buat aku tertarik nak beli komik ni.
                                 itu pasal la tak sesuai untuk bebudak bawah umur..
 Komik ni mengisahkan Frank Castle/The Punisher telah mengesan satu aktiviti haram telah di jalankan kat satu bangunan ni,aktiviti tersebut ialah perempuan yang di jadikan hamba seks secara paksa dan juga aktiviti dadah kat dalam bangunan tersebut.Frank boleh masuk ke bangunan tu tapi tak boleh membawa apa2 senjata pun kat badan dia walau pistol sekalipun.(Frank Castle ni memang pakar dalam menembak).cuma satu cara yang Frank buat untuk menghukum penjenayah2 ni ialah dengan menggunakan apa saja yang ada dalam bangunan tu untuk membunuh,seperti beliau gunakan plastik sampah,kerusi,botol plastik,alat renjatan elektrik(yang di ambil pada orang yang telah beliau bunuh).sebab tu lah ia di panggil "Naked Kills".
Selain dari tu ada jugak scene Frank Castle di episod lain yang bunuh musuh2nya dengan menggunakan senjata kegemaran beliau seperti machine gun,pump gun dan jugak pistol doublenya.Frank juga tidak ada simpati pada musuh2nya,kalau dia kata nak bunuh,tetap dia bunuh jugak..hehe.komik ni jugak lagi brutal dari filemnya (The Punisher pernah di filemkan pada tahun 1989 buat pertama kalinya dan di remake semula pada tahun 2003)dari artworknya sampai lah ke dialognya memang takda cencored langsung..! hehe..
                     stail lukisan pun dah macam movie siap ada split screen time menembak tu..

                          antara koleksi komik The Punisher yang masih di jual

Info The Punisher :
-The Punisher atau Frank Castle ni adalah bekas agen CIA.dalam satu operasi yang melibatkan beliau,identiti beliau telah terbongkar dan menyebabkan isteri,anaknya dan seluruh keluarganya telah di bunuh oleh sekumpulan mafia yang menyebabkan Frank menjadi penegak undang2 dengan caranya yang tersendiri.
-Karakter The Punisher ni pertama kali di perkenalkan oleh Marvel comics dan muncul dalam komik The Amazing Spiderman pada tahun 1974.
-Keluarga beliau telah di bunuh oleh mafia yang di ketuai oleh Howard Saint(seperti dalam filem The Punisher tahun 2003 dulu).
-Frank juga pernah berhadapan dengan musuh2 nya yang agak sukar nak di tewas kan macam Kingpin,Jigsaw,Barracuda,The Russian,Elite,The Holy,Mr.Payback,Hitman dan juga Tony Pizzo.
-3 filem The Punisher,yang pertama sekali pada tahun 1989,2003 dan 2005 kesemuanya gagal mencapai box office.mungkin pasal pelakon utamanya tak terkenal kot?
Walau apa pun,ni lah komik kegemaran aku,hero yang takda superpower,yang hanya ada senjata dan cara atau skill tersendiri untuk menegakkan keadilan.

No comments:

Post a Comment