Friday 22 March 2013

Rock oo! : Rimba Bara Kembali (2013)


Filem karya terbaik Mamat Khalid yang pecah panggung dengan kutipan rm 4 juta.memang ni la satu2nya filem melayu yang aku tunggu tayangannya sejak di war2kan pada tahun lepas lagi.walaupun filem ni bercorak muzikal komedi,tapi dari sudut gaya penceritaan,memang terbaik.ia akan membawa penonton (walau yang tak minat rock)menyelami dunia rock era 80an dengan sejarah rock pada masa tu..ada scene lawak,sedih,dan happy.pada mereka yang bukan membesar pada zaman 80an,ni lah filem yang patut di tonton yang menceritakan sejarah rock kapak yang pernah menjadi kegilaan semua muda mudi pada suatu ketika dahulu..

Ceritanya mengisahkan band Rimba Bara yang hampir berpecah,setelah Zul Kapan (Sofi Jikan) telah dilamar oleh Luncai Emas bersama band lamanya Malaikat Maut untuk merakamkan album.Amy Mat Piah (Que Haidar)berusaha sedaya upaya memujuk Jijoe (Khir Rahman) untuk menghidupkan kembali Rimba Bara walaupun nyanyian Amy Mat Piah ni ke laut,demi minat dalam muzik rock,beliau berjaya jugak la memujuk Jijoe ni hidupkan balik Rimba Bara ni.dengan pemain gitar baru Rimba Bara iaitu Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim)mereka memulakan kembali perjalanan hidup sebagai pemuzik.kena kencing dengan promoter lah,duduk rumah bujang kongsi makan megi yang hanya semangkuk di kongsi berempat,ubi kentang sebijik yang di rebus pun makan berkongsi jugak..heheh..(memang realiti artis rock dulu2,menunjukkan betapa bersemangatnya mereka dalam mengharungi suka duka hidup sebagai pemuzik)sehinggalah mereka akhirnya berjaya merakamkan album pertama yang mana Amy Mat Piah ni jadi pengurus bagi Rimba Bara.

Antara yang menarik dalam filem ni :
-Shot yang menarik.bangunan2 lama era 80an,tempat jamming dulu2,dengan harga sejam rm 6.poster2 konsert yang lama2,tempat melepak rockers2.
-dress code era rock 80an.memang terbaik lah.baju Loudness yang paling popular masa tu,kasut Aliph (kasut paling popular dulu,aku pun ada kasut ni dulu..heheh)selain tu tshirt Iron Maiden,poster Iron Maiden,poster lama Ella ngan Amy Search dengan radio hifi lama.
-Majalah Urtv lama dengan logo lama (memang terbaik la prop Mamat Khalid ni)surat khabar Utusan Malaysia tahun 1986,duit singgit lama,mesin air batu lama pun ada.
-Lagu Sejuta Wajah (Sweet Charity)pada awal permulaan filem ni di nyanyikan oleh Khir Rahman sendiri,sama jugak dengan lagu Teratai yang dinyanyikan oleh Que Haidar.boleh tahan jugak suara diorang ni.
-Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah) beliau belajar gitar secara formal sebelum berlakon dalam filem ni demi untuk menjayakan watak Slash.

So,pada rockers2 kat luar sana yang nak mengimbau balik kenangan di era 80an dulu,boleh layan filem ni.pada bebudak alaf baru pun,yang suka sangat dengar justin bieber ngan kpop tu,mesti tengok movie ni jugak.baru lah faham apa itu muzik.apa pun,Rock oo! memang terbaikkk!

                                              Rock oo trailer

11 comments:

  1. part yang paling sedih bila diorang jumpa saiful apek mati akibat overdose.... citer ni memang terbaik...

    ReplyDelete
  2. dah sedut...cadang nak tengok weekend ni...heheh...

    ReplyDelete
  3. rock ooo! (aku blm tgk lg, tp dah spoiler)

    ReplyDelete
  4. Spoiler la...jgn cerita habis bro hahaha....aku blm nengok lagi hahaha....xpa2 aktiviti sedut akan bermula sekejap lagi haha

    ReplyDelete
  5. Memang layan citer ni..rugi tak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap ada sambungan... cerita dari versi jijoe pulak

      Delete
  6. mmg terbaik citer nie.. sy dh 3x tengok rock OO pon rase x puas lg tengok. mmg terbaik utk mengimbau nostalgia rock kapak.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul..terbaik filem ni..btw,tima kasih sudi singgah ya..

      Delete
  7. Aku tak pernah berfesyen rock camtu....tapi aku tetap rock dalam jiwa..hehehehe

    ReplyDelete
  8. anak aku yang umor 5 tahun hari2 surh aku pasang dvd citer nih...terbaiklah rock oo...!!

    ReplyDelete