Saturday, 20 May 2017

Chris Cornell



Aku bukanlah peminat tegar Soundgarden,pernah beli kaset album 'Superunknown' pada tahun 1994 dulu,dan cuma tahu lagu 'Black Hole Sun' dan juga beberapa lagu ketika beliau bergerak secara solo dan bersama kmpulan Audioslave setelah Soundgarden berpecah pada tahun 1997.tetapi bersatu kembali pada tahun 2010.
Dan pada rabu lalu,dunia muzik rock di kejutkan dengan kematian beliau yang aga tragik.dia di katakan membunuh diri selepas menjayakan konsert Soundgarden di Detroit,Amerika.

Seperti Kurt Cobain Nirvana,tekanan perasaan di katakan punca Chris Cornell ni membunuh diri.kematian beliau meninggalkan legasi muzik dan vokal beliau yang di anggap unik dalam sejarah rock alternatif dunia.antara lagu beliau yang aku suka dengar ketika dia bergerak solo dan juga bersama kumpulan Audioslave ialah 'Be Yourself',lagu cover dari Sinead O' Connor 'Nothing Compares To You' dan juga lagu tema untuk filem James Bond Casino Royale iaitu 'You Know My Name'

RIP Chris Cornell
20 July 1964 - 17 May 2017


Monday, 1 May 2017

LRT



Siang tadi memang aku takda kerja,aku habiskan masa (atau buang masa sebab boring) aku naik lrt.bermula dari stesen Gombak iaitu stesen yang paling hujung (Putra LRT) sehinggalah ke stesen Putra Heights ( juga stesen paling akhir)
Kemudian aku tukar pulak naik STAR lrt bermula dari Putra Heights sehinggalah ke stesen akhir iaitu Sentul Timur.selain dari tengok penumpang yang naik ( awek la..heheh) kadang2 tengok gelagat penumpang dalam lrt ni pun best juga.macam2 ragam ada.yang tak bestnya ada juga penumpang yang pentingkan diri sendiri,ada nampak orang tua yang uzur pun takda yang nak bagi tempat duduk.aku sendiri pun naik dari hujung stesen memang tak duduk.celah mana yang perihatin nya rakyat Malaysia ni pun aku tak tau..

p/s: pada rakan2 blog,maaf banyak2 memang tak dapat join tengok Megadeth.sebab aku kena pergi Kedah pulak waktu tu.puas aku bagi macam2 alasan pun tak jalan.tiket pun aku dah jual kat member.baca review kau orang je lah.kirim salam abg Mus.moga terhibur.. (sedih ni)

Monday, 17 April 2017

Wings - Belenggu Irama LP ( Reissue 2017)

Selepas piring hitam 'Hukum Karma' di riliskan,kali ini piring hitam 'Belenggu Irama' pula di riliskan dalam format piring hitam..





Dengar khabarnya sebelum ini dah di jual versi warna biru tapi di jual semasa konsert Wings and Superfriends di istana budaya tempoh hari.dan sempena Record Store Day nanti,pihak Dream Studio akan jual edisi khas piring warna hijau pulak dengan free bandana dan tshirt.


dulu bila tengok gambar ni aku ingat black tu penyanyi utama.heheh


Ok pasal piring berwarna hitam aku pulak.album ini di cetak di German.yang aku punya ni dapat free gold cd 'Belenggu Irama' (cd je takda cover) dengan bandana warna biru.kalau dari soundnya pulak mengikut pada telinga aku yang takda sijil sound menyaound ni bila main kat sistem cap ayam aku memang sedap la bunyi nya.menepati piawaian telinga aku.taktau la kalau kat telinga orang lain.heheh..


free gold cd dengan bandana


Tapi yang paling best dalam album ni dah tentunya kerja gitar Syam.semua lagu dengan kerja gitar dia memang aku suka terutama solo dalam lagu 'Intanku Kesepian' memang syahdu solo dia.kalau Wings panggil dia join balik pun ok jugak kan.dia pun boleh tahan hebat macam Jo Branko.


piring kehitaman

Dan yang lain2 aku takda nak komplen la.packaging pun puas hati,terperinci.tak main tangkap muat je.kalau rasa nak beli album ni boleh contact Dream Studio atau pun pergi Victoria Music kat Amcorp Mall.

Friday, 14 April 2017

Beyond Scared Straight

Oleh : Mat Lester




Salah satu program realiti di US "Beyond Scared Straight".

Secara ringkasnya, program ini bertujuan memberi pengajaran dan teladan kepada remaja bawah umur yang bermasalah seperti terlibat dalam kes pergaduhan, kegiatan samseng, menghisap dan mengedar dadah, meminum arak, melawan cakap ibu bapa, membuli dan sebagainya.

Remaja ini dihantar oleh ibu bapa mereka ke penjara untuk memberi gambaran sebenar kehidupan di penjara. Mereka berdepan dengan banduan sebenar yang mempunyai latar belakang kes jenayah berprofil tinggi seperti kes jenayah seperti membunuh, merompak, merogol dan banyak lagi. Bak kata perumpamaan melayu " Buku bertemu ruas".

Di program ini juga, jangan fikir banduan menasihati remaja ini secara lembut akan tetapi mereka ditengking dan dilontarkan dengan kata kata yang kesat.

Budak budak ini juga didera secara mental dan fizikal semasa berhadapan dengan para banduan. Antara arahan banduan kepada budak budak ini ialah disuruh melakukan tekan tubi. Seperti yang kita tahu, tekan tubi membantu membina kekuatan dan pembesaran otot tubuh badan. Maksudnya, di penjara Amerika, risiko ancaman diri untuk dibuli oleh banduan lain adalah tinggi sekiranya mempunyai tubuh badan yang kecil.

Selain itu, remaja juga dipaksa makan menu makanan harian yang dimakan oleh banduan sepanjang hari. Kelakarnya, ada remaja ini yang muntah dan menangis teresak esak kerana tidak sanggup menghabiskan makanan.

Di samping itu, remaja bermasalah juga turut diugut akan dirogol oleh banduan golongan homoseksual. Tambahan pula, banduan ini tidak akan mempunyai rasa belas kasihan terhadap bakal mangsa mereka.

Sebenarnya banyak lagi pengajaran dan teladan dari program ini.Hasilnya, sebahagian remaja berjaya mengubah diri mereka untuk berkelakuan baik. Anda boleh menonton sendiri program ini di Youtube. Namun tak pasti, samada program ini masih disiarkan atau sebaliknya.

Episod Kegemaran ( Big Dragon)



Episod ini sangat menarik. Cara "Big Dragon" menasihati remaja yang bermasalah adalah lain daripada yang lain. Ini kerana beliau tidak menengking mahupun menjerit, tetapi dengan nada suaranya yang lembut dan tenang sudah cukup menakutkan para remaja.

Antara nasihat Big Dragon kepada remaja ini ialah :

" I just got arrested and it just starts going downhill. You pick one case and pick another one and before you know it, you're burying yourself, 
deeper, and deeper, and deeper. If you're in a similar situation, take the advice"


Dakota Joe




Episod ini memaparkan perbualan remaja yang bernama Austin dengan para banduan. Cara percakapan Austin yang kurang ajar membuatkan banduan bernama Dakota Joe ini mengamuk. Akhirnya Austin terdiam dan ketakutan setelah Dakota Joe menyebut sesuatu perkataan...

p/s: aku dah tengok kat youtube.memang best la program ni.