Tuesday 31 March 2015

Unbroken (2014)




Filem ini berdasarkan dari kisah benar tentang bekas pelari olimpik pada era sebelum perang dunia kedua iaitu Louis Zamperini (26 january 1917 - 2 july 2014)

Apa yang menarik,filem ini di terbit dan di arahkan oleh bini pelakon Brad Pitt yang memiliki bibir seksi siapa lagi kalau bukan Angelina Jolie.ceritanya agak menarik,mengisahkan riwayat hidup Louis yang menjadi pelari pecut atas dorongan abangnya sehingga beliau berjaya mewakili Amerika dalam sukan Olimpik,dan seterusnya beliau berkhidmat sebagai tentera Amerika ketika perang dunia kedua meletus.di sinilah segala2nya bermula,Louis dan dua rakannya terdampar di tengah laut selama 47 hari,di selamatkan dan di jadikan tawanan perang jepun di Tokyo,di dera secara fizikal dan mental ketika dalam tawanan jepun,membuatkan Louis tidak patah semangat dan bertahan dengan deraan fizikal dan mental ketika dalam tawanan sehinggalah perang berakhir.

Angelina Jolie bersama Louis Zamperini

Filem ni memang terbaik la,susun atur ceritanya memang best dan senang nak faham,tak berbelit2,tak mengecewakan la filem arahan pertama Angelina ni,walaupun ada sesetengah babak tu dialog dia agak hambar.tapi overall filem ni memang best sangat.tak hairan la filem ni juga tercalon untuk pelbagai kategori dalam pelbagai anugerah filem di Amerika.

*5/5

Saturday 28 March 2015

Linear - Sending All My Love

Flashback saturday aku minggu ini ialah dari group Linear yang pernah popular sekitar tahun 1990..

gambar ni la yang aku kena kelentong dengan rakan sekolah dulu.heheh..

Masa zaman sekolah menengah,dalam pada kononnya nak jadi mat rock  yang 'true' lah sangat..heheh..aku dengan rakan2 sekelas yang 'sekepala' cuba nak discover muzik rock yang baru2 lah kononnya..ada sorang rakan sekelas ni dia memang kira anak orang berada lah,kalau ada je band2 rock melayu or english yang baru,dia akan beli kasetnya dan bawak ke sekolah.(masa album Wings 'Teori Domino' di riliskan,hari2 dia bawak pegi sekolah sampai la penghujung tahun sehingga cover kaset tu lunyai)heheh..kebanyakkan band2 glam rock era 90an banyak yang aku kenal melalui beliau seperti Skid Row,Great White,Faster Pussycat,Firehouse,dan berbagai band lagi yang aku sendiri pun tak ingat.
Sehinggalah pada satu hari lepas sekolah aku melepak kat rumah dia,dia cakap ada kaset band rock baru bernama 'Linear' tengok pada cover memang nampak rock,dan inlaynya ada gambar band member pakai black jacket semua,memang rasa teruja sangat lah,tapi bila di mainkan di cassette player kat rumah dia,masing2 terkedu,kenapa lain macam je bunyi? tak rock pun?di tambah pula selepas itu muncul video klipnya yang ala2 Milli Vanilli gitu,terus kawan aku ni kena kutuk kaw2 punya sehinggalah ke hari ini..heheh..

Apa pun kerana mendengar pelbagai genre muzik la yang halwa telinga aku tidak mendiskriminasikan sesuatu muzik itu..

Sesiapa yang tak pernah dengar lagu ni memang tak 'true' la..heheh..





Info Linear boleh tengok kat sini :
http://en.wikipedia.org/wiki/Linear_(group)


Thursday 26 March 2015

Throwback Thrusday : Sodom & Metallica

Cuba bayangkan kalau band teutonic thrash metal dari German iaitu Sodom yang merakamkan 'Black Album'?mungkin pada masa sekarang genre 'teutonic thrash metal' akan menjadi mainstream seperti Nirvana memperkenalkan muzik grunge?hanya berfikir di luar kotak.. :p
Seriously,aku suka lagu yang Sodom nyanyikan dalam album tribute terbitan Metal Hammer German iaitu album 'Metallica - A Tribute To The Black Album' selain Sodom,atok Lemmy Motorhead pun ada dalam album ini.tapi aku lagi suka lagu 'The Struggle Within' versi Sodom yang di gubah dengan stail teutonic thrash.vokal Tom Angelripper memang kena sangat dengan versi 'berat' lagu ini.









Dan yang ini versi asal dari Metallica..




p/s : mana satu yang best?kalau nak dengar lagu yang lain search je kat youtube.

http://en.wikipedia.org/wiki/Sodom_%28band%29


Monday 23 March 2015

Al Fatihah

Masron 'Black Dog Bone' Meninggal Dunia.




Pemain trompet dan vokalis band kumpulan Black Dog Bone, Masron Matali, 70 tahun, meninggal dunia kira-kira 4.30 pagi tadi di Hospital Besar Changi. Bapa tiga anak itu meninggal dunia akibat radang paru-paru. Beliau juga dikatakan menghidap barah paru-paru sejak setahun lalu. Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Masjid Pusara Aman tengah hari ini dan akan dikebumikan selepas zohor. 

Sumber : Berita Harian Singapura

Kumpulan BDB adalah salah satu kumpulan yang lagu2nya selalu di dengari sewaktu aku masih kanak2 lagi.antara lagu2 nya yang boleh di katakan evergreen sampai sekarang seperti 'Dulu Dan Sekarang','Khayalan', 'Di Ganggu Kenangan' dan 'Bahagia Dan Derita'.Al Fatihah.semoga roh Allahyarham Masron di cucuri Rahmat Allah SWT.

Saturday 21 March 2015

Yasmin Yusoff - Tom Tom Bak

Mulai hari ini pada setiap sabtu (kalau aku rajin..hehe) aku buat satu entri khas setiap hari sabtu untuk flashback lagu2 yang pernah di dengar,yang pernah top,atau yang pernah aku suka semasa aku kecik2 dulu dan sehingga nak masuk alam remaja.seleksi lagu campur2 la ada melayu dan inggeris dari pelbagai genre.



Ok,untuk minggu ini layan lagu yang pernah aku dengar masa aku kecik.masa tu sekolah tadika lagi.lagu nya pun memang lagu kanak kanak.tajuknya 'Tom Tom Bak' nyanyian Datuk Yasmin Yusoff.pada yang tak tau Yasmin Yusoff merupakan pemenang Miss Universe 1978 di Mexico,penyanyi,(pernah merakamkan dua album dalam piring hitam)dj radio dan juga pelakon.(ingat tak drama 'Opah' yang pernah popular dulu?dia pun ada belakon sekali) juga pernah belakon dalam filem 'Susuk' dan Pisau Cukur'.sesiapa yang biasa naik lrt mesti selalu dengar suara 'stesen berikutnya klcc' atau 'next station,klcc' itu lah suara  Yasmin Yusoff ini.

Ini lagu yang selalu di dengar sewaktu aku baru nak masuk sekolah tadika dulu..





Thursday 19 March 2015

Throwback Thrusday : Sembilan







9

p/s : harap maaf jika gambar terlalu menyingung perasaan sesetengah pembaca.. :p

Monday 16 March 2015

Exodus : Gods And Kings (2014)




Antara filem kontroversi pada tahun lepas selepas filem 'Noah' juga yang pernah di haramkan tayangannya di Malaysia.filem ini juga menjadi kontroversi dan kebanyakan negara2 Islam seperti Egypt,telah mengharamkan filem ini untuk di tayangkan di negara mereka.media Australia dan pertubuhan kristian di Australia juga mengecam filem ini kerana semua pelakonnya 'berkulit putih' tidak 'sesuai' dengan jalan cerita bersejarah ini.

Filem ini mengisahkan Moses dan Firaun Ramses mengikut pada kepercayaan kitab kristian.memang berlainan sedikit versinya berbanding versi Islam.kalau dalam filem ini memang banyak jalan cerita yang di ubah atau di tokok tambah.
Di barisi oleh pelakon hebat seperti Christian Bale (Batman,Terminator Salvation) Sigourney Weaver (Aliens trilogy) dan Ben Kingsley (Iron Man 3 ) dan di arahkan oleh Ridley Scott (Gladiator,Kingdom Of Heaven)jalan ceritanya agak berterabur sedikit,tapi dari segi teknik CGI nya memang agak mengagumkan la.

Filem ini aku tak rekomen la suruh tengok,tapi kalau sesapa yang biasa dengan filem Ridley Scott boleh la layan,dan kalau boleh kena tengok hanya sekadar hiburan semata2.jangan taksub sangat dengan filem ini.tidak sesuai untuk bebudak yang baru nak up.

*3/5

Kisah sebenar Nabi Musa dan Firaun boleh baca kat sini :
http://ceritaislami.net/cerita-nabi-musa-as-lengkap/

Thursday 12 March 2015

Tuesday 10 March 2015

Richie Sambora - Stranger In This Town (1991)



Lupakan sengketa beliau dengan Bon Jovi,ini adalah album solo pertama Richie Sambora ketika Bon Jovi dalam 'hiatus' selama 17 bulan selepas album 'Blaze Of Glory' (soundtrack cerita koboi Young Guns 2 yang terbit pada tahun 1990)album berkonsepkan modern/blues/rock ini memang lain sedikit stail muziknya dari stail muzik Bon Jovi,pengaruh blues memang jelas dalam album ini.mungkin juga Richie memang peminat blues tulen.beliau juga menjemput Eric Clapton menyumbangkan solo gitarnya dalam album ini.



setlist




barisan pemuzik,ada yang band member Bon Jovi jugak.kalau tengok pada 'listening instructions yang Richie bagitau tu,mrmang dah dapat agak stail muzik dalam album ni kan?




Album ini lebih kepada 'guitar oriented' ala2 Bryan Adams gitu la.memang jauh beza dengan stail muzik Bon Jovi,dan cuma ada satu lagu hasil ciptaan Bon Jovi yang sepatutnya di muatkan dalam album 'New Jersey' tapi di muatkan dalam album ini,lagu yang bertajuk  'Rosie'.





Vokalnya pulak,suara Richie ni boleh tahan sedap juga yang sebenarnya,kadang2 sekali dengar ada iras vokal Bon Jovi.tak hairan la kalau dia ni buat album solo dari dulu aku rasa memang banyak la anugerah Grammy dia bolot,silap2 Bon Jovi pun boleh bungkus..heheh..mungkin kerana semangat setiakawan agaknya Richie tetap bersama Bon Jovi sehingga lah Richie tinggalkan band Bon Jovi tu.

Lagu2nya pun boleh tahan best,ada la 2-3 lagu yang aku suka seperti 'Mr.Bluesman' (solo dalam lagu ini oleh Eric Clapton) 'Ballad Of Youth' 'River Of Love' 'Rosie' (vokal pun dah macam Bon Jovi) dan 'Stranger In This Town'.

Album ini biasa memang aku dengar waktu malam je.sebab lagu2nya memang untuk mood relax.so sapa yang minat atau pernah dengar Bon Jovi boleh je cuba dengar album ni,walau pun vokalnya di bayangi Bon Jovi,overall album ni memang best.aku suka stail sebegini,album ini  bukan lah album 'guitar hero' dan aku rasa Richie juga tak mahu di labelkan sebagai hero gitar.

Sunday 8 March 2015

Setahun Sudah Berlalu...




Pada hari ini setahun yang lalu,kata2 ucapan terakhir seperti "selamat malam.good night,i love you,i miss you,take care have a safe journey" dari sanak saudara,anak,isteri,suami,kekasih, antara emak dan anak (antara penumpang dan waris)walau pun sudah setahun berlalu,aku rasa seperti baru semalam je tragedi ni berlaku.trauma dan sedih pasti ada lagi pada kesemua waris penumpang MH370 ini.

Salam Takziah dan simpati jauh dari sudut hati aku untuk waris MH370 ini.sesungguhnya memang ini ujian yang paling besar untuk kalian semua.

8 Mac 2014 - 8 Mac 2015.
"Lost but never forgotten"


"Now the time has come to leave you, one more time let me kiss you,
then close your eyes, I'll be on my way.
Dream about the days to come when I won't have to leave alone,
about the times I won't have to say:
kiss me and smile for me, tell me that you'll wait for me, hold me like you'll never let me go.
'Cause I'm leaving on a jet plane, don't know when I'll be back again. Oh, babe, I hate to go.
I'm leaving on a jet plane, don't know when I'll be back again. Oh, babe, I hate to go."

*John Denver -Leaving On a Jet Plane

Friday 6 March 2015

Engkau..

Engkau cakap...

"bila Hukum Hudud dilaksanakan makin teruk lah jawabnya"
Sungguh berani engkau mempersendakan Hukum ALLAH.

Bila ada pihak yang melabelkan golongan yang mempersendakan Hukum ALLAH ini adalah syirik engkau terus melenting tanpa berfikir.

Lebih baik engkau diam jika tidak setuju dengan hukum ALLAH, daripada engkau mengundang kemurkaan ALLAH dengan mempersendakan HukumNya..


p/s : potong stim betul la aku baru nak feeling2 layan secangkir kopi kat mamak time dinihari begini.boleh pulak terdengar pebualan dari "golongan ada2 yang bijak pandai ni". moga kalian semua beroleh RahmatNya..

Tuesday 3 March 2015

Filem Seram

Sebelum ni pernah jugak cerita pasal filem seram Kat Sini cuma yang ni review pendek antara filem2 seram yang aku tengok sepanjang tahun lepas dan tahun ini..


1.Jessabelle (2014)



Ceritanya simple je,mengisahkan Jessie yang telah mengalami kemalangan yang menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan beliau mengalami lumpuh seumur hidup.beliau kemudian kembali duduk bersama ayahnya dan mula mengetahui rahsia tentang dirinya dan rumah yang mereka diami itu.nak tau cerita selanjutnya kena tengok sendiri..heheh..

*2/5.Takda la seram sangat cerita ni.memang tak boleh lawan Annabelle la tahap keseramannya (walaupun pada mula nya aku teruja nak tengok pasal housemate aku kelentong aku cakap kisah Jessabelle ni adik beradik dengan Annabelle..hampeh tul..hahah)


2.Ouija (2014)



Walaupun produser filem ini yang pernah menghasilkan filem seram box office 'Insidious' dan 'The Texas Chainsaw Massacre',tetapi untuk filem ini aku mereka agak gagal menonjolkan elemen seram yang betul2 seram.sebabnya bila aku tengok setengah jam pertama,jalan ceritanya dah boleh di agak dan mengingatkan aku pada filem2 seram pada era 80an dahulu.kerana plot nya hampir sama.filem ni  memang sesuai untuk awek2 gedik yang takut hantu.

*2/5 Lama sangat nak tunggu antu keluar,aku tertido pada babak diorang baru nak seru guna papan Ouija tu..hehehe..



3.Deliver Us From Evil (2014)



Aku suka kalau filem seram yang berdasarkan dari kisah benar,ia nya nampak logik sedikit la,dan filem ini memang logik dan kena dengan terma seramnya.lakonan Eric Bana sememangnya sesuai kalau berlakon filem seram selain filem2 aksi beliau seperti 'Troy' 'Hulk' dan 'Lone Survivor'.filem ini mengisahkan seorang pegawai polis New York yang tak percaya pada perkara ghaib dan menganggap kesemuanya adalah tahyul,telah berdepan dengan satu fenomena paranormal pelik.yang mana akhirnya pegawai polis ini meletakkan jawatan beliau dan begabung dengan paderi yang pernah beliau tolong untuk selesaikan kes paranormal pelik tu..

*3/5 so-so jelah,memang hantunya tak nampak,hanya kerasukan/kesurupan je dalam cerita ni.




4.Puaka Balai Gombak (2015)



Tengok tajuk dan tagline memang gempak.memang seram,bila aku tengok kat tv pun seram gila woo..tahap keseraman dia tu aku rasa macam nak je aku masuk dalam tv nak lempang muka pelakon2 ni dengan nak lempang muka hantu dalam filem ni..hahaha..cerita kononnya diorang ni pegi tempat2 seram,seperti banglo kat Puchong,apartment lama kat Cheras dan balai polis lama Gombak mungkin sebab nak jimat kos,hantu yang sama muncul di tiap2 scene kat puchong,cheras dan gombak malah fesyen rambut pun sama.aku pun tak tau apa motif ceritanya yang hanya banyak dialog yang uncensored (nak tiru filem omputih la konon) hampeh!

*0/0 Aku lebih rela tengok cerita hantu indon yang siap ada pelakon undangan porn star Maria Ozawa dengan Sasha Grey tu..heheh

Sunday 1 March 2015

RIP Leonard Nimoy / Mr.Spock




Spock, commonly Mr. Spock, is a fictional character in the Star Trek media franchise. First portrayed by Leonard Nimoy in the original Star Trek series, Spock also appears in the animated Star Trek series, a two-part episode of Star Trek: The Next Generation, eight of the Star Trek feature films, and numerous Star Trek novels, comics, and video games.In addition to this, numerous actors portrayed the various stages of Spock's rapid growth, due to the effects of the Genesis Planet, in the 1984 Star Trek film Star Trek III: The Search for Spock. In the 2009 film Star Trek and its 2013 sequel Star Trek Into Darkness, Nimoy reprised his role alongside Zachary Quinto, who depicted a younger version of the character, existing within an alternate timeline.Nimoy died in February 2015,making his portrayal of Spock in Star Trek Into Darkness his final film role.
Spock serves aboard the starship Enterprise, as science officer and first officer, and later as commanding officer of two iterations of the vessel. Spock's mixed human-Vulcan heritage serves as an important plot element in many of the character's appearances. Along with Captain James T. Kirk and Dr. Leonard "Bones" McCoy, he is one of the three central characters in the original Star Trek series and its films. After retiring from Starfleet, Spock serves as a Federation ambassador, contributing toward the easing of the strained relationship between the Federation and the Klingon Empire. In his later years, he serves as Federation ambassador to the Romulan Star Empire and becomes involved in the ill-fated attempt to save Romulus from a supernova.
-Wikipedia

Jikalau Star Wars di kenali dengan Darth Vader nya,Star Trek jugak tak terkecuali.Mr.Spock merupakan figura yang paling di kenali dalam siri2 Star Trek,sama ada dalam versi komik,filem,siri animasi,drama bersiri dan juga alat permainan nya.aku mengenali Star Trek juga semasa aku masih budak2 lagi,(kebetulan komik Star Trek versi melayu pernah di terbit kan di akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari ahad pada tahun 80an dulu)dan pernah juga aku memiliki permainan kapal angkasa Star Trek yang berbentuk piring tu (USS Enterprise nama kapal angkasa tu)suara Leonard Nimoy juga di gunakan dalam filem Transformers Dark Of The Moon sebagai Sentinel Prime.tiada lagi Mr.Spock yang pernah menjadi idola aku masa kecik2 dulu..watak Mr.Spock dengan telinga panjang dan selalu bagi "Vulcan salute" macam gambar kat atas tu akan sentiasa di ingati oleh peminat Mr.Spock/Leonard Nimoy ini..

"Thank you Mr.Spock"