Sunday 31 January 2016

Netscape




Masa aku mula2 kenal dunia IT ni dan tau apa itu internet sekitar tahun 1999-2000 dulu,(masa tu memang tengah menggila dengan IRC chat)haha..carian di intenet yang selalu di gunakan oleh aku dan juga korang,mesti pernah guna web browser ni,sebelum wujudnya Internet Explorer dan Mozilla Firefox.yang aku maksudkan ialah ini,Netscape Navigator.pada zaman kegemilangannya dalam dunia IT ni,Netscape memang kerap di gunakan oleh pengguna internet kerana ia paling baik berbanding dengan web browser yang lain pada masa tu.Netscape tersedia dengan platform Windows 16 bit (Win16) Windows 32-bit (Win32) Unix serta Macintosh.
Netscape merupakan web browser yang di bangunkan oleh Mosiac Web Browser,dari National Center For Supercomputing Applications(NCSA).idea ni datangnya dari Marc Andressen seorang pekerja part time di syarikat NCSA tersebut.yang mana beliau akhir nya menjadi vice president di Netscape Corporation.
pada tahun 1994,pihak Netscape telah mengumumkan penggunaan Netscape ni secara percuma di seluruh dunia dan kegunaan percuma untuk pelajar2 universiti di seluruh US khasnya.pelbagai versi telah di keluarkan oleh pihak Netscape seperti version 2.1,version 1.1 dan beta version.Netscape juga menawarkan email percuma,editor untuk website dan juga aplikasi yang lain.

Pada 1999,Netscape telah berkerjasama dengan America Online(AOL) dan cuba membangunkan satu projek yang di panggil Mozilla.org(yang mana akhirnya telah di wujudkan satu company baru yang di panggil Mozilla Foundation).lepas tu, telah wujud satu web browser yang baru hasil daripada Microsoft iaitu Internet Explorer.yang merupakan browser yang laju yang di gunakan untuk carian di internet.yang kebanyakkan pengguna internet beralih arah dengan menggunakan Internet Explorer.
Setelah sekian lama menguasai dunia internet,dan kebanyakkan pengguna internet tanak menggunakan Netscape,akhirnya,pada 1 mac 2008 Netscape telah mengumumkan untuk memberhentikan pekhidmatan web browser Netscape Navigator ni dan telah menyerahkan segalanya kepada syarikat Mozilla Foundation,yang juga di kenali dengan web browser Mozilla Firefox nya.
Ni pun kira ilmu pengetahuan jugak ni.kalau aku ni kira baru nak kenal dunia it ni,agaknya memang aku tak tau web browser yang paling 'tua' dalam dunia it ni wujud..hehe.dan sekarang terdapat pelbagai web browser yang telah di bangunkan seperti Safari (dari Apple Inc.)Mozilla Firefox dan juga Google Chrome yang aku gunakan sekarang untuk update blog aku ni..
Terima kasih Netscape!

Wednesday 27 January 2016

Wordless Wednesday

buku yang di beli untuk tahun 2016.banyak lagi buku yang belum di baca tapi aku beli lagi..heheh

Monday 25 January 2016

Crossfire - Erosi (1990) Reissue 2016

Album kedua dari Crossfire selepas album Fatamorgana




Jika sebelum ini album Fatamorgana di terbitkan oleh Allahyarham Samad Lefthanded,untuk album Erosi ini di terbitkan oleh Khalid Mobin,pemain gitar hebat dari kumpulan Rusty Blade.patut la soundnya ada lebih kurang macam Iron Maiden sikit,Khalid Mobin pun memang peminat Maiden jugak kan.Crossfire masih mengekal kan elemen heavy/thrash acuan melayu dalam album ini seperti sebelumnya.






Line up Crossfire ialah Aim (vokal) Yuss (gitar) Burn (gitar) Fiq (drummer) dan Yass (Bass) lagu2nya pun sama seperti album pertama,ada beberapa lagu yang kuat pengaruh thrashnya seperti 'Lagenda Gunung Ledang' lagu 'Kuku Besi' intro riffnya memang sebijik dari lagu 'Lady Of The Valley'..heheh..
Tapi secara peribadi lagu yang best yang aku dengar dalam album ni sejak dulu ialah lagu 'Kuasa Mistik' lagu seram rock dulu2 memang best,terasa feel seramnya.lagu jiwang mid tempo tapi tak meleweh iaitu 'Hasrat'.lagu 'Menanti Ketika' yang kuat pengaruh Maidennya.'Nyata Bukan Ilusi' dan kesemua lagu heavy dalam album ini.




Walaupun ada lagu2nya berpaksikan dari band2 luar negara,tapi pujian harus di berikan pada mereka sebab ada di antara lagu2 dalam album ini merupakan ciptaan mereka sendiri,pengaruh dari band luar negara tu memang biasalah,tapi Crossfire berjaya menjadikan album heavy/thrash acuan melayu,itu yang terbaik.sound keseluruhan album memang best tiada cacat cela (pengkritik profesional jangan buang masa anda nak pergi komplen kat EMI/Universal ok?)aku suka sound yang keluar dari album ini walaupun bersumberkan dari piring hitam.lebih baik ada dari tiada langsung.

Macam biasa ayat lazim aku,kalau suka beli,tak suka duduk diam.tak payah nak pergi komplen sampai EMI United Kingdom sana. :)



Wednesday 20 January 2016

Duran Duran - A View To a Kill 7' Single (1985)

Rekod 7 inci ni terjumpa secara tak sengaja dengan harga rm10 je.single yang dah 31 tahun.






Secara peribadi,antara lagu tema filem James Bond yang aku suka ialah :
- Tomorrow Never Dies - Sheryl Crow
-Goldeneye - Tina Turner
-Live And Let Die versi Guns N Roses
-Licence To Kill - Gladys Knight
-The Living Daylights - A-ha
-The World Is Not Enough - Garbage
-Diamonds Are Forever - Shirley Bassey
-You Know My Name - Chris Cornell (Soundgarden/Audioslave)
-Skyfall - Adele

Dan juga 'A View To A Kill' ini.lagu tema filem Spectre yang terbaru ni pun tak best,tak feel langsung.kalau lagu tema filem Bond yang sebelumnya memang best2.





"A View to a Kill" is the thirteenth single by the English new wave band Duran Duran, released on 6 May 1985. Written and recorded as the theme for the 1985 James Bond movie of the same name, it became one of the band's biggest hits. It remains the only James Bond theme song to have reached number 1 on the US Billboard Hot 100; it also made it to number 2 for three weeks on the UK Singles Chart.




In 1986, composer John Barry and Duran Duran were nominated for the Golden Globe Award for Best Original Song for "A View to a Kill". The song was the last track recorded by the most famous five member lineup of Duran Duran until their 2001 reunion. It was performed by the band at Live Aid in Philadelphia, their final performance together before their first split. Following Barry's death, the band paid tribute as their encore at the 2011 Coachella Festival, Simon Le Bon reappearing in a tuxedo for a pared-down version backed by an orchestra, before launching into the full, upbeat track. Bassist John Taylor told the crowd: "We lost a dear friend of ours this year – English composer John Barry. This is for him." - Wiki











Hanya mengimbau kenangan lama.pernah tengok filem ini pada tahun 1985,ikut arwah ayah aku pergi tengok wayang.tiket wayang masa tu masih lagi berharga rm3.00.masa tu syarat nak menonton pun bukan macam sekarang,dulu belum cukup 18 tahun pun aku boleh tengok filem orang dewasa yang tidak di potong scene2 yang agak melampau..heheh..
Terima kasih Duran Duran dan Roger Moore sebab menceriakan zaman kanak2 aku..hehe..


Monday 18 January 2016

Battle Of The Bands (1986) Reissue 2015

Setelah 30 tahun baru lah di riliskan semula dalam bentuk cd..




Memang tak di nafikan,album ini lah pencetus irama rock kangkang/glam rock mula menguasai pasaran muzik di Malaysia pada tahun 80an yang lalu,terima kasih pada Ali Bakar,kerana beliau lah orang yang bertanggungjawab melonjakkan scene glam rock pada ketika itu,Ali Bakar ni lebih kurang macam Rod Smallwood versi melayu la kan.sehingga impaknya  menjadi perhatian kerajaan Malaysia kerana di katakan muzik rock ini meruntuhkan akhlak remaja pada ketika itu.(kalau dulu dan sekarang,zaman sekarang ni lagi teruk masalah sosialnya)aku pada ketika itu masih lagi kanak2 riang pun terpengaruh dengan album ini dan 'Somewhere In Time' dari Iron Maiden kerana abang2 aku.terima kasih kat abang2 aku kerana mengajar aku erti rock sebenar..heheh..





Melalui album ini juga lah lahirnya lagenda rock Malaysia seperti Lefthanded,Ella & The Boys,Bloodshed,SYJ,(Orang Timur rules!) dan Rahim Maarof & Whitesteel.walaupun ada sesetengah lagu nya di ceduk sedikit dari elemen rock barat (macam solo Debunga Wangi dari Prodigal Son Iron Maiden) tapi hasil dari kerja kreatif Ali Bakar,beliau berjaya menghasilkan muzik rock beridentitikan acuan muzik rock melayu.





Mendengar kembali lagi2 dalam album ini betul mengimbau kenangan lama,lagu2 seperti 'Hidup Pemuzik' intro riff yang agak menarik.riff 'Hati Syaitan' juga best,ala2 Motley Crue,kerja gitar dan  solo dari Lord (Ella & The Boys)antara gitaris legend era 80an,dalam lagu 'Dua Insan Bercinta' pun memang sedap.sound yang keluar dari album ini pada era analog memang aku suka.bunyi yang 'raw' gitu.
Dari segi sound untuk reissue ni aku taknak komen apa2,beli dan dengar sendiri.best atau tidak,suka atau tidak yang penting kalau suka dan minat,beli.tak mahu nanti ada komen dari pakar nak buat komplen kat Sony Muzik tentang sound dalam cd reissue ni.

Apa pun,terima kasih Sony Muzik,harap lepas ni banyak lagi album2 rock dulu2 di riliskan semula.

Friday 15 January 2016

Sudirman - Asia's No.1 Performer (1989) Reissue 2015

Antara album terbaik yang pernah di terbitkan pada tahun 1989..





Album ini merupakan antara album pop/rock terbaik 80an kerana produksi yang hebat.kesemua komposer dan penulis lirik terkenal era 80an terlibat dalam pembikinan album ini.nama2 besar yang legend seperti M.Nasir,Manan Ngah,A.Ali dan Habsah Hassan.juga bagi meraikan kemenangan Allahyarham Sudirman yang memenangi gelaran 'Asia's No.1 Performer' anjuran Salem di Royal Albert Hall London.untuk memenangi gelaran ini pun bukan mudah.beliau terpaksa bersaing dengan artis2 hebat di seluruh Asia.





Album ini juga mempunyai nilai sentimental pada aku,dulu abang aku pernah beli kasetnya,setiap pagi sebelum aku pergi sekolah,(1989 aku di tingkatan satu)abang aku kerap memainkan lagu 'Antara Hujan Dan Airmata' memang syahdu sangat lagu ni..heheh..lagi satu yang buat aku suka pasal lagu ini ialah bunyi akustiknya,bass yang sedap,dan solo yang mendayu2 ala gitar hero glam rock 80an pun memang best,siapa yang main gitar solo tu eh?ala Vinnie Moore gitu.








Selain dari lagu 'Antara Hujan Dan Airmata',lagu lain seperti 'Kelana' 'Di Dalam Sepi Itu' dan satu lagu inggeris 'One Thousand Million Smiles' pun best.kecuali lagu gedik 'Bercanda Di Pasiran Pantai' tu memang dari dulu aku tak suka.dari segi sound nya memang puas hati lah walau pun dari piring hitam,sama macam Ijau cakap nanti kalau cakap lebih2 orang suruh aku pegi komplen kat EMI/Universal pulak.dah ada di riliskan semula kira ok la dari takda langsung.

Ulasan dari Ijau boleh tengok Di Sini dan cerita pasal Sudirman di Royal Albert Hall pernah cerita Kat Sini

Monday 11 January 2016

Live - Throwing Copper CD (1994)

Antara album 'rock alternatif' yang dah 22 tahun..




Seperti remaja lain pada tahun 1994,aku juga terkena tempias dan terpengaruh dengan muzik baru yang di labelkan sebagai 'grunge' dan 'alternative' muzik ni.pernah memiliki kasetnya pada tahun 94 dahulu kerana terpengaruh dengan review dari majalah 'Kerrang!' dan juga radio THR pada ketika itu kerap memutarkan lagu yang paling popular dalam album ini iaitu 'Selling The Drama'.'Throwing Copper' merupakan album kedua dari band ni.








Album ini bersama2 dengan album kumpulan Green Day 'Dookie' mendapat jualan tertinggi berjuta2 unit di Amerika dan di seluruh dunia.antara sebab utama aku menyukai band ini kerana stail muziknya mudah di hadam dan tak terlalu complicated macam Pearl Jam.oleh kerana ada nilai nostalgik,aku membeli kembali cd album ini di Amcorp Mall.untuk info band Live ini di anggotai oleh :
Patrick Dahlheimer – bass
Chad Gracey – drums
Ed Kowalczyk – vokal, rhythm gitar
Chad Taylor – gitar utama













Single yang hit dan mendapat rating tertinggi di carta Billboard ialah 'Selling The Drama','I Alone','Lightning Crashes' 'All Over You' dan 'White Discussion'.kesemua lagu dalam album ini ok boleh tahan best.vokal Ed Kowalczyk tu kadang kedengaran macam suara Eddie Vedder pulak.sayangnya Ed telah keluar dari band Live ini atas alasan masalah royalti.(lebih kurang sama kes macam Dave Lombardo la..)

Overall susunan muzik dalam album ni best la,moderate,mid tempo,boleh layan secara santai,kalau nak muzik yang relax waktu petang lepas balik keja boleh je layan album  'Throwing Copper' ni.dengar lagu2 dalam album ini sambil mengimbau kenangan lama memang syok la..heheh.


p/s : sori la review pendek je mata da ngantuk..

Friday 8 January 2016

The International Jew

Akhirnya setelah berbulan2 lamanya baru lah habis di baca..heheh..




Kalau dari segi sejarah,Henry Ford merupakan pengeluar utama kereta yang begitu terkenal dengan jenama 'Ford' sehingga ke hari ini.pelbagai jenis kenderaan mewah telah di cipta yang kemudiannya telah di pasarkan ke seluruh dunia.tetapi ramai yang tak tahu Henry Ford juga sebenarnya seorang penulis yang hebat dan juga memiliki syarikat penerbitan akhbar yang penuh kontroversi iaitu 'The Dearborn Indiependent'.
Beliau juga merupakan satu2nya rakyat Amerika yang di sebut Adolf Hitler di dalam buku tulisan beliau yang terkenal iaitu 'Mien Kampf'.







Buku ni memang sangat2 menarik,ia nya menampilkan artikel2 kontroversi tulisan Henry Ford terhadap kaum yahudi,cerita yang sangat terperinci tentang konspirasi kaum yahudi dalam pelbagai bidang untuk menguasai dunia.Henry Ford betul2 membuka pekung kaum yahudi yang agak licik dalam segala bidang yang mereka ceburi,mereka menguasai semua,seperti dalam urusan jual beli,ekonomi,mereka menguasai wang di seluruh dunia,mereka juga mendapat sokongan ahli2 politikus yang tamak kan duit.
Aku malas nak ulas panjang,tapi kalau sesiapa rasa nak baca buku ini memang terbaik lah,terjemahan dalam bahasa melayunya memang mudah di fahami.segala cerita pasal 'kaum yang mulia' ini telah di dedahkan semuanya Henry Ford di dalam buku ini..

Untuk cerita lebih pasal buku ni boleh jenguk kat blog PC Kokak kat sini:
http://pckokak.blogspot.my/2015/07/buku-henry-ford-international-jew-edisi.html#comment-form

Wednesday 6 January 2016

Dua Kosong Satu Enam

Tahun 2016 ni memang agak sibuk sedikit untuk diri aku memandangkan sekarang ni aku ada buat part time keja malam.abis kerja pukul 11 malam,sambil tengok tv pun boleh tertido,sebab tu la agak lambat nak pos apa-apa entri.tiada apa2 yang menarik pada awal tahun 2016 ni cuma ada la beli beberapa benda hiburan duniawi..





Kalau rajin nanti aku tampal satu persatu..dan tempat riadah yang aku baru pertama kali masuk ialah kat sini..






ada banyak gambar yang aku ambik kat Aquaria klcc ni.nanti la cerita lain kali.ini memang pertama kali aku masuk Aquaria ni memang ok la.best jugak.

Dah..tu je.selamat tahun baru dua kosong satu enam.