Thursday 20 October 2016

The Conjuring 2 ( 2016 )

Sekuel daripada filem The Conjuring yang pernah di tayangkan pada tahun 2013 dahulu.





Filem seram Hollywood kini yang hanya boleh aku tonton dengan jalan cerita yang tak terlalu rumit sudah tentunya filem seram arahan James Wan,pengarah yang semakin popular di Hollywood.agak sukar juga nak jumpa filem seram terkini dengan jalan cerita yang bagus bersama dengan elemen seram yang betul2 seram sehingga memeranjatkan aku.(sehingga penamat cerita ni pun aku takda rasa terperanjat)

Untuk sekuel ini,masih mengekalkan watak yang sama seperti filem pertama.menampilkan pasangan suami isteri penyiasat paranormal iaitu Ed dan Lorraine Wilson.berdasarkan dari kisah benar berlatarkan pada tahun 1977, kali ini pasangan suami isteri ni cuma membongkar misteri rumah seorang ibu tunggal beranak empat iaitu Peggy Hodgson.rumah yang di diami oleh Peggy ni kerap di ganggu oleh entiti misteri yang telah lama tinggal di rumah itu.sehinggakan pegawai polis yang memeriksa di sekitar kawasan rumah tu pun di ganggu.ini menjadikan rumah yang di diami Peggy itu tiba2 popular di seluruh London.


Susunan jalan cerita,plot dan twist dalam filem ini masih boleh di layan.takda la teruk sangat.pada aku takla bosan dan ceritanya tak slow.babak ke babak yang mudah di fahami.ada pegkritik kata filem ni so-so je.mungkin dia bukan peminat filem seram kot.tapi setakat ini kalau nak melayan cerita hantu seram yang tak berbelit2 jalan ceritanya,boleh tonton Th Conjuring 2 ni.



6 comments:

  1. aku rasa yang no 2 ni kurang seram la...cuma bab yang gambo paderi pompuan tu la aku buat cuak sikit...haha..

    ReplyDelete
  2. Dahsyat eh korang minat2 pilem seram gini.

    ReplyDelete
  3. jalan ceritanya predictable dan itu juga jadi faktor utama filem ini agak hambar sedikit, terutama sekali bahagian endingnya. tapi overall, ianya enjoy untuk ditonton.

    ReplyDelete
  4. Dah tengok. Kurang thrill banding dgn 1st, tapi still filem seram yang berbaloi utk ditonton..

    ReplyDelete
  5. Dah tengok. Kurang thrill banding dgn 1st, tapi still filem seram yang berbaloi utk ditonton..

    ReplyDelete