Friday 17 March 2017

M.Nasir - Canggung Mendonan (1993)

Yang dah 24 tahun..




Antara album M.Nasir yang paling aku suka,dan juga merupakan killer album pada aku.sebab lagu2nya memang sedap2 belaka.memang tahap masterpiece.seperti kata Berteromber pada waktu ini zaman M.Nasir masih lagi berjiwa rebel.dengan jiwa rebel itu jugalah beliau berjaya menghasilkan lagu2 yang berjiwa.di tambah pula dengan lirik2 berseni dari Allahyarham Loloq menjadikan album ini terlalu istimewa.versi rilisan semula ini juga masih mengekalkan seperti yang pernah terbit di tahun 1993 dulu,tiada yang di ubah atau di buang.logo BMG tu pun masih di gunakan.memang puas hati la packaging macam ni.baru la pendengar tak komplen.





Walaupun pada asasnya album ini bergenrekan pop,tapi muzik M.Nasir tetap beridentitikan melayu.masih lagi mengekalkan konsep nusantara dalam muziknya.dan lirik2nya banyak berunsurkan pengajaran dan menyuruh kita berfikir apa yang ingin M.Nasir cuba sampaikan melalui lagu-lagunya.
Antara lagu yang popular dalam album ini dah tentunya lagu 'Mentera Semerah Padi' di katakan pembikinan muzik video lagu ini merupakan paling mahal pada waktu itu.




Lagu yang aku suka dalam album ini ialah 'Aduhai Kasih Aduhai','Wadi','Perang Yang Lagi Satu','Bonda','Ada' dan lagu paling touching dalam album ni dah tentunya 'Sentuhan Listrikmu'.memang betul feeling abis lagu ni.sesuai kalau nak kasi kat awek ke,wife ke atau skandal..heheh..aku suka kerja gitar dalam lagu ni.soundnya yang soft sebab tu la sesiapa yang dengar memang terkesan dengan lagu ni.lagu yang lain2 tu pun best juga,tapi dah selalu dengar kat radio dan album kompilasi M.Nasirkan.

Pada anda yang nak dengar album M.Nasir,aku cadangkan dengar album ni dulu.album ni la yang paling best.

Juga boleh jenguk kat blog Berteromber pasal album ni Di Sini

9 comments:

  1. Setuju sangat semua ditulis tuan tanah,
    Lyrically album ni ada beberapa lirik yang terpqhwt di hati. Antaranya "mengapa sinar neon dan gedung indah", ayat ni is so sedih untuk aku, pasal aku hipokrit, itu yang aku paling suka... sinar neon ialah bila aku hurray hurray. Hahaa. Siot ahhh jumaat jumaat ni,

    ReplyDelete
  2. aku ada beli juga album ni yang versi sebelum ni, baca dari blog berteromber juga sebab tu aku beli. mmg sedap album ni lagu2nya best, paling aku suka lagu anak anak kita. pergh dia punya lirik tu mantap.. panggil lah mereka pulang ayah nak ajar tentang kurang ajar, agar mereka tidak dimomokkan lagi.

    ReplyDelete
  3. The best pop melayu album ever...period!

    ReplyDelete
  4. masa album ni rilis aku darjah satu... lagu anak2 kita tu mendalam maksudnya... antara bait lirik "anak anak kitakah yg tk tahu nk pulang bila ptg kerna terlalu mabuk..main lastik dan berpistolan"

    ReplyDelete
  5. Suka lagu Ada, lagu yang meriah. Tentang lirik, walaupun ditimpa kesusahan, dia tetap meraikannya, menyedari ada/wujud yang hakiki, yang mana dia dan sekalian wujud yang lain bergantung kepada wujud yang hakiki itu.

    ReplyDelete
  6. Lagu penuh feel dalam nie adalah Lara.. gitar plucking dan M Nasir bernyanyi sendu gileewww...

    ReplyDelete
  7. sy pun minat, sy buat sendiri cover re-issue

    ReplyDelete