Saturday 3 June 2017

Kartina Dahari - Jefri Zain ( Lagu Tema Filem Gerak Kilat 1966)

Flashback Saturday minggu ini..



Sebenarnya tadi aku layan filem ni sikit2 kat Youtube.aku pasti semua peminat filem melayu era 60an dulu tahu pasal filem ni.merupakan filem melayu bertemakan perisik ala James Bond.dan heronya ialah Allahyarham Dato Jins Shamsudin.walaupun filem ini copycat dari James Bond dan teknologi perfileman melayu pada ketika itu agak terhad tetapi jalan cerita dan corak aksinya dah hampir menyamai filem Hollywood pada ketika itu.

Apa yang aku nak ceritakan ialah pasal lagu temanya.yang di nyanyikan oleh Allahyarhamah Kartina Dahari.seperti lagu tema filem James Bond,lagu dari Kartina Dahari juga agak menarik.dengan susunan muzik yang simple dan catchy,kerja gitar dan solo yang menarik,bila dengar lagu tema je dah boleh bayangkan ceritanya macam mana.memang terasa la adrenalin dia.heheh..

Tahun filem ni di tayangkan pun aku tak lahir lagi.tapi dengar ceritanya filem Gerak Kilat ni memang box office la.mesti remaja zaman tu semua berangan nak jadi atau dressing macam Jefri Zain.heheh..walau orang kata filem ni copycat pun,tapi dah jadi salah satu sejarah penting dalam lagenda filem melayu suatu ketika dulu.

Ok ni lagu tema Gerak Kilat.


6 comments:

  1. lagu gerak kilat ni yang aku perasan ada 2 versi, 1 versi radio (piring hitam) yang macam dalam entri ni dan selalu masuk radio klasik, bunyinya clean sikit... dan versi filem, beat laju sikit dan muziknya agak berlainan

    tapi kalau filem melayu ala james bond paling best, filem mat bond :D

    ReplyDelete
  2. panggung Singapura di Geylang Serai.
    Dah roboh... dulu aku kecik2 aku masih merasa tengok wayang kat sini...
    kenangan...

    ReplyDelete
  3. Lagu ni tajuknya Jefri Zain kan?...bila aku google jumpa pulak ep kartina dahari tajuknya gerak kilat (thunderball)...tak sure lagu yg sama atau bukan...pasal lagu yg ni memang ada ep soundtracknya...mungkin juga ni yang Ijau cakap ada 2 versi...

    ReplyDelete
  4. lakonan Allahyarham Jins Shamsudin dlm mana2 filem Jefri Zain memang best. cool giler.

    ReplyDelete
  5. lakonan Allahyarham Jins Shamsudin dlm mana2 filem Jefri Zain memang best. cool giler.

    ReplyDelete
  6. poster tu pun sudah nampak samanya

    ReplyDelete