Wednesday 27 December 2017

American Made (2017)

 Filem yang aku terlepas nak tengok kat wayang..


Antara filem lakonan Tom Cruise selepas filem 'The Mummy'.oleh kerana filem ini berdasarkan dari kisah benar,aku cari versi dvd lanun dekat pasar malam pada malam minggu yang lalu.

American Made mengisahkan Barry Seal seorang juruterbang pesawat komersial.selain itu dia juga melakukan penyeludupan cigar (rokok curut termahal dari Cuba) untuk di bawa masuk ke Amerika.sehinggalah dia di datangi oleh seorang ejen CIA yang menawarkan beliau untuk bekerja dengan CIA untuk melakukan penerbangan pengintipan sambil mengambil gambar di Amerika tengah.kerja-kerja pengintipan yang di lakukan oleh Barry telah di ketahui oleh boss besar dadah dari Colombia iaitu Pablo Escobar dan telah menawarkan Barry untuk membawa kokain dari Colombia ke Amerika.bermula dari situlah Barry mula menjadi 'talam dua muka' selain berkerja untuk CIA,Barry juga 'buat duit' dengan berkerja untuk kartel dadah Escobar untuk mendapatkan lebihan wang.kesilapan terbesar yang dia lakukan ialah tak reti nak cover duit dia yang banyak berpuluh juta tu.sehinggalah dia mula menjadi buruan pihak berkuasa Amerika iaitu FBI,ATF,DEA dan juga polis.untuk mengelakkan dia di kambing hitamkan oleh CIA,Barry mula membuat pengakuan melalui rakaman video untuk di jadikan bukti bahawa dia di pergunakan oleh CIA.

Kalau anda semua suka cerita berdasarkan dari kisah benar,aku sarankan tengoklah movie ni,berlatarkan pada era 70an dan 80an.jalan cerita pun simple dan mudah di fahami.takdalah complicated sangat jalan cerita dia.
*3/5

7 comments:

  1. BRO! Tolong buat review filem "The International"!

    http://www.imdb.com/title/tt0963178/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..yg tu cerita lama.dah tengok tapi lupa.nanti ada masa aku buat.insyaAllah

      Delete
  2. The Mummy hampeh...so aku was-was dengan filem2 terbaru Tom Cruise...tapi disebabkan ini berdasarkan kisah benar...aku try la tengok.

    ReplyDelete
  3. Berdebar debar lepas baca ko nye gezek

    ReplyDelete
  4. dah tengok, menarik.. watak Barry Seal tu kena sangat dengan gaya Tom Cruise

    ReplyDelete